Pemain skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Cambodia 2023.<br /><br />Ini selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berkenaan konsert artis dan komposer dari India, Ar Rahman pada 28 Januari lalu.
